Monday, June 15, 2009

Cari pasangan kaya...

Baru-baru ini adalah dengar cerita daripada Mira.. adik saya.. bahawa ada beberapa saudara kami nie inginkan mencari pasangan yang kaya.. mak ayah diaorang pun memang setuju benarlah kalau dapat pasangan kaya....

Semua benda nie buat saya terpikir.. kenapa mesti kaya?.. memang saya akui duit tue sangatlah penting... x ada manusia yang pernah hidup makan kasih sayang... dan cintan cintun aje.. even masa bercinta pun perlu duit.. nak tengok wayang. nk pergi makan sama2.. nak beli baju yang sama.. semuanya perlukan duit.. jadi duit itulah sangatlah penting..

Tapi patutkah duit itu menjadi sebab utama kita menerima seseorang itu dalam hidup kita??

Perkahwinan bukan benda yang main-main.. Saya berkahwin dengan Mazran masa saya berumur 19 tahun.. masa dalam kepala otak. memang bestlah kahwin sbb dapat hidup bersama... tapi bila dah kahwin.. dah jadi suami isteri.. barulah tahu pahit getir alam perkahwinan...

Perkahwinan means penerimaan.. kita menerima pasangan kita untuk menjadi a part of our life.. walau mcm mana buruk atau baik pasangan kita tue.. dialah teman hidup kita..

Tapi untuk menerima pasangan kita diwaktu senang sangatlah mudah.. yerlah bila berduit.. suami jarang ada kat umah.. tapi tiap2 bulan hantar pergi shopping kat overseas.. sape yang x suka kan?? suami layan lebih kurang pun.. tapi semua keinginan semuanya dapat.. sape yang x suka?? Tapi sedarkah kita yang langit x selalu terang? kita x akan selalu berada di atas...

Setiap orang akan mengalami waktu kejatuhanya.. maybe jatuh dengan jadi miskin.. atau maybe jatuh dengan ditimpa penyakit.. dan lain-lain lagi.. dan cuba kita pikir.. sudikah kita menerima pasangan kita dengan seadanya diwaktu dia kesusahan? seperti mana kita menyukai dan mencintai dirinya sewaktu dia senang??

saya berkahwin dengan mazran kerana saya cintakan Mazran.. Mazran satu2nya lelaki yang buat saya rasa gembira.. dan selesa.. dan bahagia.. the reason why saya kahwin dengan mazran.. bukan kerana duitnya.. bukan kerana keturunanya.. tapi kerana saya sayangkan dia..

Walaupun begitu.. di saat mazran kesusahan.. bukan senang untuk saya menerimanya seadanya.. it took a lot of guts ad courage... tapi alhamdulillah.. mazran x pernah give up dengan saya..dan dia yang banyak berikan saya semangat supaya terus bersabar dengan pelbagai dugaan yang melanda...

Bagaimana agaknya orang yang berkahwin kerana kesenangan?? mcm mana dia hendak hadapi kesusahan.. bagaimana dia nak hidup dengan pasangan dia di waktu susah.. sedangkan the reason why dia berada di samping pasanganya adalah kerana kesenangan.. dan kesenangan itu telah lesap?.. bagaimana??

Jadi kepada orang yang membaca blog saya ini... sedikit nasihat yang ingin saya sampaikan..

Saya tidak nafikan duit itu sangatlah penting.. tetapi duit bukan segalanya dalam kehidupan ini... masih ada yang lebih penting.. iaitu keikhlasan... dan kasih sayang...

Cintai pasangan kita.. kerana keimanan mereka kepada ALLAH SWT.. bukan kerana rupa parasnya.. bukan kerana duitnya.. mencari orang yang handsome.. bukannya susah.. mencari orang yang berduit... sangat mudah.. tapi mencari orang yang sentiasa hidup dalam keredhaan Allah SWT.. orang yang taat dan sayang pada ALLAH SWT.. sangatlah susah...

Dan percayalah kata saya.. perkahwinan menjadi bahagia.. dan malah lebih bahagia daripada cerita2 yang kita tengok dalah TV tue.. bukan kerana duit.. bukan kerana rupa paras.. tapi kerana keimanan.. suami yang beriman.. dan isteri yang beriman akan melahirkan keluarga yang mendapat keberkatan dan keredhaan Allah SWT.. dan bukankah hidup ini memerlukan rahmat dari ALLAH SWT?

No comments: