Wednesday, September 2, 2009

Saturday, August 29, 2009

Nokia Xpress Music 5800


Kelmarin.. me,Mazran,Papa,Mira and Boboy pergi ke Low yat Plaza... Mazran nak baiki PC dia, me nk beli printer, Boboy hanya tukang teman, Mira and papa nak beli HP..

selepas kitaorang siap urusan masing.. akhirnya kitaorang pergilah ke kedai HP untuk carik handphone... kedai tue nama apa pun x ingat.. tapi memang dia sangat pandai menjual.. coz dapat menarik minat my dad untuk beli HP kat situ.. my papa nie dia ada satu perangai.. kalau dia tengok orang menjual tue cakap lebih kurang aje.. dia akan terus blah.. dan x akan pergi kedai tue lagi.. walaupun hanya kedai tu aje yang ada barang yang dia nak.. dia x akan beli barang tue.. dia sangat egooo...

So mira pun menilik mana2 HP yang dia nak.. akhirnya dia pilih xPress music 5800.. lepas mira pilih.. my dad punya i..nak jugak HP nie.. coz kalau i nak.. dia nak belikan dua..

memandangkan Hp tue harga RM1150.. so i pun x naklah menghabiskan duit my dad dengan benda yang x berapa penting tue..

mazran bila dengar i ckp x nak kat Hp tue.. mulalah dia bagi ceramah...pujuk i suruh terima jugak hadiah yang papa nak bagi.. my sis and my bro pun pujuk suruh i ambik jugak satu.. coz bukan senang papa nak belanja.. tapi hati i nekad.. i memang x nak.. sbb i pikir membazir aje...

then my dad tanya nak Hp ape..kalau x nak xpress music x apalah.. ambik yang lain... i memang sangat minat hp blackberry dari dulu lagi.. i bagi tahu my dad yang suka sangat blackberry... then dia tanya harga.. blacberry lebih kurang RM1800.. bukan yang latestlah.. then i pun terus x naklah coz mahal terlajak.... mazran pun dah duk bising i nie rugi coz tolak rezeki.. tapi i memang x nak..

my dad coz x sedap hati tengok adik i sorang aje dapat hp tapi i x nak.. dia pun ajak i jalan2.. sambil the rest duk kat kedai hp tue.. belek2 Hp.. my dad cakap.. betul ke i x nak.. then i cakap.. if i nak hp tue..then i'll find my own money to buy that stuff.. i x nak orang habiskan duit untuk benda yang belum tentu berguna pada i

bila balik rumah pulak... lepas bukak puasa.. my dad still berbunyi pasal hp tue.. coz dia rasa bersalah.. x beli apa2 untuk i.. then i cakap... i memang x nak... cuma i cakap kalau nak beli jugak something untuk i.. belilah baju raya untuk mazran.. coz i seriously x ada idea and masa untuk beli baju raya untuk mazran..

and malam tue mazran dapat beberapa helai baju my dad beli.. bukan sebarangan baju my dad beli.. baju polo.. and di samping tue mazran jugak dapat beg camel.. coz dia nak bawak pergi kelas... hahahahahha

i seriously x suka habiskan duit pada benda2 nie.. tapi kalau habiskan duit untuk makan i memang x kisah.. seriously 90% daripada duit i hanya habis untuk makan..hahahha..

so sekian ajalah

My Family in KL

Hari Rabu malam..lepas terawikh..my family ( mama,papa,boboy(bro),yana(sis),wallen(uncle) and yah (maid)) datang ke KL... Datang ke KL untuk berehat2 disamping bermain dengan cucu (Benjamin Rayyan)...

oh yer.. Mira (sis) datang hari jumaat.. coz dia baru habis kelas hari Jumaat

Hari Khamis dalam pukul 6 petang..( after sy habis kelas di UiTM).. barulah sy dengan Benjamin bertolak ke sentul met my family...

Memang dah menjadi tabiat keluarga sy.. kitaorang kurang sikit dengan makanan luar.. bukan x makan.. tapi kalau kitaorang nak beli lauk2 kat luar..mesti cari yang paling best..kalau x baik masak sendiri...

so bila my family datang sini.. my mum and my uncle pun masaklah untuk juadah berbuka puasa, juada lepas terawikh dan juadah bersahur...kitaorang cuma beli kuih muih.. dan air aje di bazaar ramadhan...

so ni antara lauk yang my mama and my uncle masak..

Hari Khamis : - Ikan masak Sweet sour
- Rendang ayam
- Telur dadar
- sambal belacan

Hari Jumaat : saya berbukak di Luar.. so x tahu diaorang masak ape..

Hari Sabtu : - Lemon chicken ( Favourite entire family.. my uncle msk)
- kacang Panjang goreng
- Ayam masak kicap ( antara speciality my uncle)
- Mee soo hon masak sup + fishball ( my mama punya speciality)
- Telur dadar ( wajib ada, coz my maid only makan telur)
- ikan Kering
- kepak ayam Panggang
* Hari ni lauk sangat banyak coz Mazran dan Mira ada*

Inilah antara lauk2 yang dimasak.. hari nie sy x tahu my mama and my uncle nak masak apa..

Oh yer.. i just nak cerita.. my mama cakap dia datang KL sbb nak berehat.. tapi berehat dalam kamus hidup dia adalah "bershopping".. kelmarin me,papa,Mazran, mira dan Boboy keluar ke Low Yat plaza and KLCC untuk baiki Pc, beli HP, and baiki Jam and beli Printer... so my mama agak emo kelmarin coz dia x dapat keluar bershopping... sebagai nak pujuk my mama.. semalam my dad ajak mama and my uncle pergi bershopping di Danau Kota... x tahu kenapa.. memang habit mama.. asal datang KL korang akan jumpa dia di Danau Kota ataupun Sogo.. itulah favourite place diaorang..hahahah.. so semalam.. kes emo melampau.. my mama bershopping sampai pagi.. dari pukul 12 malam sampai 4 pagi baru balik dari bershopping..hahahaha

pagi nie pulak.. my mama and my uncle dah awal2 bersiap keluar pergi Carefour untuk bershopping.. diaorang keluar awal coz takut orang lain buat plan nak keluar... diaorang keluar dari pukul 11 pagi tadi and now pukul 2.51 masih belum balik2 lagi... sy dah dapat bayangkan mesti berguni2 barang diaorang akan bawak balik....hahahahah

sekian

Friday, August 28, 2009

what Benjamin will be?

Hari ini keluar dengan kawan2..teringat zaman2 kegemilangan dahulu.. waktu masih "single but not available"..sgt seronok... sy indah.. then sy terfikir., apa akan jadi pada Benjamin Rayyan bila dia besar nanti??

Dulu sewaktu mengandung kat Benjamin, sy pernah bagi tahu kat kawan2.. sy wish Benjamin akan jadi lelaki yang playboy.... hahahha.. tapi bukan itu yang sy maksudkan.. sy sangat harap Benjamin menjadi seorang manusia yang grab every opportunity yang world has to offer.. bukan jadi manusia yang sit and do nothing..

To be honest.. perangai sy dengan Mazran sangat berlainan..Mazran seorang jarang grap opportunity dalam hidupnya.. dia lagi suka hidup sangat simple dan x suka berusah payah...dia selalu ada family dia yang akan tolong dia in what way.. and sy percayakan pada usaha sy sendiri... sy percaya biar susah dahulu tapi akan senang kemudian.. Mazran pulak x ada kawan.. the only people yang dia rapat dalam hidup dia hanyalah keluarga dia... dia memang sangat kurang bergaul.. sedangkan sy ramai kawan.. and seriously sy x tahu mcm mana nak hidup tanpa kawan...

memandangkan sy dan Mazran nie berbeza... sy kadang2 wonder apa benjamin akan jadi? dia akan ikut rentak sy ke? or ayah dia? tapi sy sangat wish dia x ikut rentak Mazran... Bukan saya x suka Mazran... tapi sy sbb nak Benjamin belajar apa itu kehidupan... sy nak dia corakkan kehidupan dia sendiri.. what he want to be in his life.. bukan sy yang buat semua benda pada dia.. coz one day sy tahu sy akan tinggalkan Benjamin.. sy x akan selamanya berada disamping dia.. and sy wish. by the time sy dah nak tinggalkan dia.. sy tahu deep inside sy.. Benjamin mampu mengharungi segala cabaran dan dugaan hidup ini...

Sy bukan orang senang.. setiap kali sy ada masalah.. sy akan cari jalan penyelesaian sendiri.. mama papa jarang sangat tolong.. cuma kalau bab2 duit diaorang akan cuba tolong.. mama papa sy ajar sy hidup dengan kaki sendiri.. pahit getir hidup ini.. sy tetap kene lalui.. coz that's the way life is.. When life give you lemon.. you make lemonade ( i dgr dlm hitz.fm).. bukan lari dari masalah kehidupan...Sbb walaupun kita lari.. masalah akan selalu berada di belakang kita... it just make things getting worst..

sejak Benjamin dalam kandungan lagi.. sy tulis surat kat Benjamin.. bagi tahu dia supaya jadi orang yang kuat.. orang yang berguna.. dan di dalam doa sy.. sy berdoa Benjamin akan menjadi kebanggaan sy.. dan seluruh muslimim dan muslimat.. sy mempunya harapan yang besar terhadap Benjamin.. tapi bukan untuk pressure dia.. just to lead him to the right path...

Sy bukanlah orang yang baik sangat..and sy x harap Benjamin akan jadi terlampau baik sampai dia put a lot of limitation dalam hidup dia... sy pernah jumpa orang yang put a lot of limitation dalam hidup dia.. sampai sy wonder.. apa nikmatnya dia hidup di muka bumi yang luas nie?? Pada saya.. kita kene balance... beribadat seperti kita akan pergi menghadap Allah SWT selepas itu.. dan bekerja atau hidup di dunia seperti kita akan hidup di dunia selamanya... tapi berlandaskan syarak...

sy x nak Benjamin just spent his entire life in his room... sy x nak Benjamin too much depending on sy.. sy x nak Benjamin x ada seorang kawan pun.. sbb kawan2 nie mengajar kita supaya x jadi Selfish.. how to consider others feeling.. and how to be patient with other... and if Benjamin x ada kawan.. where he will learn all that??

As a mother.. and sy sure semua mak mengharap yang terbaik untuk anak kita.. it is depend on how you want to raise.. what you believe in rasing your kids... but for me.. i believe in life..i believe in mistake in order to do something right.. i have faith in Islam and Allah SWt but at the same time i believe kita kene berusaha dalam hidup.. i believe in love of family.. coz the will teach us how to love each other.. and i believe in a friendship.. coz they will teach us how to be tolerance.. and patient.. plus.. loyal

As a conclusion sy wish Benjamin jadi someone better then sy dan Mazran

Me and my friends

Hari ini.. berbukak puasa dengan kawan2... kawan2 masa di KUTPM dulu...

Nasib baik mama dan papa ada di KL, bolehlah diaorang tengokkan baby.. so bolehlah keluar dengan kawan2... after dah setahun lebih berkahwin dengan Mazran... akhirnya dapat juga sy menikmati hidup dengan kawan2 yang dulu...

Kami berbukak di Shah Alam, Eiman tom yam restoran.. and because of Jem yang teruk.. sy sampai agak lewatlah.. dalam pukul 7.30.. and some of my friends sampai dalam pukul 8.30.. so kitaorang makan sampai 9 lebihlah.. makanan dia agak Oklah... and price dia.. ermmm mahal sikit kot... tapi oklah...

after makan..kitaorang pergi kat butik kawan sorang nie.. nama dia Jr.. x tahulah mcm mana dia mampu bukak butik.. but then i am so proud to see kawan sy nie berjaya dalam hidup dia.. butik dia dekat Tesco setia alam... dia ada banyak baju yang saiz besar... sbb dia pun agak chubby.. so dia fahamlah kehendak orang berbadan chubby nie yang inginkan kecantikkan..

then dalam pukul 11 malam.. kitaorang gerak ke subang Jaya... lepak kat sana...kedai apa ntah.. tapi nice.. ada music.. ada shi sha.. happening jugaklah.. tapi xlah sebest Hartamas..lepak kat sana sampai pukul 2 pagi.. then kitaorang terus balik umah... my papa asyik call me sejak pukul 11 malam suruh balik.. but then after pujuk2 oklah... this is the only chance yang i dapat untuk have fun dengan kawan2... and there will be no more chance mcm nie...

Mazran bukan x suka sy berkawan.. cuma bila dah ada anak.. sy kene fahamlah tanggungjawab sy..ada kadang2 mazran berbunyi pasal perangai kawan2 sy.. tapi dia x kisah.. sbb tu kawan2 sy... and sebelum sy kahwin dengan Mazran.. mazran dah sedia maklum pasal kawan2 saya... and kawan2 saya x pernah jugde mazran mcm mana.. walaupun diaorang tahu mazran x berapa pandai bergaul... but when mazran start talking diaorang sangat appriciate mazran... bukan ape.. just hope that mazran akan lebih terbuka after this...

dulu waktu belum kahwin.. kalau keluar dengan mazran.. kadang2 ada jugak kawan2 saya.. and before this mazran Ok dengan diaorang.. especially dengan my best buddy.. Afiq... cuma maybe sekarang pemikiran mazran dah berubah.. yerlah faktor sekeliling yang banyak mempengaruhinya..


Oh well sy suka diri sy bila sy dengan kawan2 sy.. sy boleh gelak.. sy boleh cakap apa pun sy nak.. and mcm2... sy x perlu pretend to be someone else bila sy dengan kawan2 sy.. sy adalah diri sy..

Dalam hidup kita perlu kawan2.. sbb kawan2lah yang akan berada di samping kita bila keluarga kita x ada.... Kat KL nie sy x ada family... sy hanya ada Benjamin.. mama papa and adik beradik semua kat Terengganu..sy selalu ckp kat kawan2 sy.. kat sini sy x ada sesape.. mazran ada family dia.. tapi sy sendiri.. and if something happen pada saya.. sy harapkan kawan2 sylah yang akan tolong sy.. sama jugak kalau diaorang ada masalah.. sy harap diaorang mencari sy untuk menolong..

Sy cukup bertuah mempunyai kawan yang x pernah kisah sy nie mcm mana.. walaupun sekarang sy dah berubah.. tapi diaorang still terima and baik dengan saya... seriously sy sayang kawan2 saya... kawan sy bukan jenis yang akan ambik kesempatan pada saya... selama sy kenal diaorang... sy x pernah rasa diri sy dipergunakan... diaorang x akan lari tinggalkan sy mcm orang bodoh sebab terkejar2kan lelaki lain... dan diaorang jugak bukan jenis yang depan cakap baik tapi belakang mengutuk...

bukan sy nak puji kawan sy.. tapi memang banyak kawan sy tolong sy untuk mengharungi hidup sy nie.. sy sangat sayangkan kawan2 saya.. lala, timah,dayang, Faridah ( Especially), Afiq, Meon,and Jr.

Sepanjang hidup nie.. sy ramai kenal orang.. ada sesetengah orang sy x leh terima.. ada sesetengah pulak sy biasa2 aje... tapi kawan2 saya yang ini.. yang sangat serasi dengan diri sy...maybe sbb diaorang x jugdemental kot..

kepada kawan2ku...

aku sayang korang semua... ku x lupa apa korang dah buat pada ku.. seriously korang buat ku suka jadi diri ku sendiri..walau sejauh mana ku pergi.. korang tetap dihatiku setiap saat..

Tuesday, July 28, 2009

makanan di kedai makan

Zaman sekarang nie, memang susah nak cari orang yang x pernah makan di kedai.. mostly semua orang enjoy makanan di kedai.. senang, mudah, jimat(kadang-kadang).. tapi x ramai orang perasan apa yang buruknya makan di kedai nie...

arwah atuk saya.. sebelah mama sy.. memang sangat beratkan soal makan. walau macam mana sekalipun.. dia x akan makan di kedai.. atau makan makanan drp kedai.. sbb bagi dia makanan kat kedai kotor.. jadi nenek saya nie.. perlulah masak everything.. western food ke.. japanese food ke.. thai foods.. ke.. semua nenek saya pandai masak.. sebab nak memenuhi hasrat atuk sy yang memang geli - geleman nk makan di kedai tue....

sifat dan perangai arwah atuk sy tue pulak di perturunkan kepada anak2 dia.. kalau tengok mak2 dan ayah2 sedara sebelah mak saya.. kuranglah makan di kedai.. esp mak2 sedaralah... semua benda dia akan masak sendiri.. even karipap ke.. roti canai ke.. muratabak hinggalah air batu campur.. semua diaorang buat sendiri.. fresh dari tangan diaorang sendiri!...

kadang2 sy pernah jugak tanya.. x terliur ke makanan di kedai.. and diaorang cakap dengan slumbernyer " kotor makanan kedai".. sy pun pelik dengan dioarang nie...

Tetapi beberapa hari yang lepas.. terjadilah satu peristiwa.. dimana, mazran tapau nak bungkus kat kedai mamak.. lauk memang best.. ayam goreng.. sayur goreng.. dan kuah kari campur... ditambah lagi dengan pepperdom.. hmmm best giler.... so..tengah syok2 makan.. tiba2 sy ternampak ada rambut kat dalam nasik tue.... teruslah sy berhenti makan.. dan rasa nak muntah..... masa tue.. mulalah teringat kisah2 dengan mak2 sedara yang geli makanan kedai.. rupanya.. memang betul..

sy nie bukanya jenis pembersih sangat... tapi sy nie penggeli yang sangat extreme.. sbg contoh sy memang trauma dengan cicak.. kalau one day ada aje nampak cicak.. atau orang sebut pasal cicak.. mesti malam tue akan dapat mimpi ngeri pasal cicak.... And Kalau sy pergi kedai makan.. sy mesti tengok sape yang buat makanan dan minuman sy... sy perhatilah tangan dia sentuh ape sebelum dia sentuh makanan sy.. kalau dia sentuh hidung ke.. garu2 kat bontot ke.. memang sy x akan makan... tapi x pernah berlaku lagilah....

Jadi selepas kejadian nasi mamak tue.. su mulalah rasa geli nak makan kat kedai... tapi apakan daya.. kat umah mertua semuanya membeli.. x sempat nak masak.. semua sibuk.. sy sibuk kelas... dan orang lain sibuk urusan lain.. dan time2 x ada kelas.. sy sibuk nak rehat dan uruskan benjamin... tapi mulai sekarang bila time nak makan makanan kedai.. sy akan carefullah dengan makanan.. kalau ada rambut.. sorrylah sy x boleh nak telan lagi...

Friday, July 17, 2009

Now.. i'm in Shah Alam....

after 1 and half year in Kedah.. akhirnya.. sy pun dapatlah sambung belajar di Shah alam... and tak lagi perlu berpisah dengan my baby (Benjamin Rayyan) and My hubby ( Mazran).....

Belajar di Shah alam... tetapi duduk kat Gombak... ramai jugak orang yang terkejut bila dengarnya... ramai yang suruh sewa rumah or duduk hostel aje kat shah alam.. so senang nak ke kelas.. tapi sy x nak.. sbb dah x nak berpisah lagi...

Sebenarnya.. x adalah jauh sangat shah alam dengan KL.. kalau gua highway.. yang menjadi masalahnya adalah highway.. tapi kalau pandai gunakan masa.. inshaAllah.. boleh aje nak berulang alik.. cuma minyak ajerlah yang banyak sikit guna...

Buat masa sekarang nie.. alhamdulillah semuanya nampak mcm OK.. kelas pun sesuailah dengan sy... harap2 bila dah duduk kat KL nie.. bolehlah skor tinggi2 untuk exam... amin....

Sunday, June 28, 2009

Sebulan di Terengganu

pejam celik...pejam celik... dah sebulan lebih sy dan Benjamin duduk di Terengganu.. skarang dah nak masuk bulan julai.. and x lama lagi me and mira kene masuk U balik.. untuk sambung belajar.... Mira di Perak.. and me di Shah Alam

I'm gonna miss Terengganu.... yerlah Terengganulah tempat saya membesar... susah nak tinggalkan Terengganu.. kt sini ramai sedara -mara... kalau boring2.. senang aje nak pergi melepak di rumah-rumah mak-mak sedara..kalau mengidam nak makan ape2... mintak aje orang masak....makanan kat terengganu.. memang totally fresh... biasalah orang terengganu.. kalau nak makan masak sendiri aje.. even karipap ke.. murtabak aje... semua buat sendiri.. x adalah beli kat kedai... kalau makan kedai pun time2 mengidam aje...

kat Terengganu ada pantai... inilah salah satu kelebihan Terengganu... kalau bosan duk umah..lepak aje di pantai... tapi kalau kat KL.. memang x tahu nak pergi mana... kalau keluar pun biasanya pergi mall... and KL selalunya sibuk.. kadang2 nak keluar pun malas......

kat terengganu pulak.. memang biasalah sedara mara dan kawan2 mama papa datang umah.. jadi meriahlah rumah kami.. ceria rasanya.. and Benjamin pulak luaslah pergaulan dan permandangan dia... tue yang sy suka tengok.. tengok dia bergaul.. skrang benjamin dah suka main dengan budak-budak... tengok happi aje dia....

rasa sedih pulak nak tinggalkan Terengganu... tapi smalam cakap dengan mazran.. kalau ada cuti lagi... sy nak balik terengganu lagi........

Monday, June 22, 2009

PMS

sy pernah terbaca satu artikel ia menyebut.. perkara yang paling lelaki benci pasal perempuan adalah waktu PMS.. and ada sesetengah lelaki even wish kaau ada ubat yang boleh hilangkan PMS perempuan nie...

Sy. jugak tergolong dalam perempuan2 yang mengalami PMS nie...time2 nak period aje.. mood kaw-kaw berubah.. daripada baik.. terus jadi jahat gila-gila... daripada happy terus berubah jadi emotional melampau2.. hinggakan hal-hal kecik-kecik pun nak jadi perang...

Lately nie... bila mazran call aje.. ( sy di Terengganu..Mazran di KL)... asyik nak mengamuk sana sini.... sekecik-kecik benda pun boleh duk marah... masa mazran telefon.. mulalah nak marah sakan.. and bila mazran letak..pandai pulak rasa menyesal...pelik betul perempuan punya perasaan nie...

Kawan-kawan sy pun ada jugak yang alami PMS nie. ada yang peringkat biasa aje.. ade yang lagi teruk dari saya.... ada jugak yang time PMS..dengan semua orang dia nak emo... tapi bila tak PMS... dia sangat baik...heheheh

PMS nie berlaku time perempuan nak period ataupun mengandung..berlaku kerana perubahan hormon di dalam badan perempuan.. yang membuatkan emosi perempuan tue x berapa nak stabil......

Nasib baiklah sy dapat Mazran yang sangat baik.. walaupun sy gila2 mengamuk sakan... dia still jugak terima sy....