Sunday, February 8, 2009

Rasulullah SAW dan Aisyah

Ada ustaz bagi tahu......

Kta ni kahwin bukan sbb kononya nak duduk dalam keadaan berdosa and all that... tapi Rasulullah suruh kita berkahwin sbb dia nak kita ikut sunnah yang Rasulullah buat...

1)Atha` bin Yasar:"Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. dan Aisyah r.a biasa mandi bersama dlm satu bejana. Ketika baginda sedang
berada dlm satu selimut dgn Aisyah, tiba-tiba Aisyah bangkit. Baginda kemudian bertanya, `Mengapa engkau bangkit?` Jawab
Aisyah, Kerana saya haid, wahai Rasulullah.'' Sabda Rasulullah, ''Kalau begitu, pergilah, lalu berkainlah & dekatlah kembali padaku.'' Aku pun masuk, lalu berselimut bersama beliau." ( Hadis Riwayat sa`id bin Manshur).

2) Aisyah berkata, "sesungguhnya Nabi s.a.w. apabila meminyaki badannya, baginda akan memulai drpd auratnya menggunakan nurah ( sejenis serbuk pewangi ) & isterinya baginda meminyaki bagian lain tubuh Rasulullah s.a.w. ( Hadis Riwayat Ibnu Majah ).

3) Dari Aisyah r.a, beliau berkata, " Saya biasa menyikat rambut Rasulullah s.a.w, ketika itu saya sedang haid". ( Hadis Riwayat Ahmad ).

4) Drpd Aisyah r.a, dia berkata:"Saya biasa minum dari cawan yg sama
walaupun ketika haid. Nabi mengambil cawan tersebut & meletakkan mulutnya di tempat saya meletakkan mulut, lalu Baginda minum, kemudian saya mengambil cawan tersebutdan lalu menghirup isinya, kemudian Baginda mengambilnya dari saya, lalu Baginda meletakkan mulutnya pd tempat saya letakkan mulut saya, lalu Baginda pun menghirupnya." ( Hadis Riwayat Abdurrazaq dan Said bin Manshur ).

5) Dari Aisyah r.a, bahawa Nabi s.a.w biasa mencium isterinya setelah
mengambil wuduk, kemudian Baginda bersembahyang & tidak mengulangi wuduknya." ( Hadis Riwayat Abdurrazaq ). Dari Hafshah, puteri Umar r.a, "Sesungguhnya Rasulullah s.a.w biasa mencium isterinya sekalipun sedang berpuasa." ( Hadis Riwayat Ahmad )

6) Dari Aisyah r.a, beliau berkata: "Nabi s.a.w biasa meletakkan kepalanya di pangkuanku walaupun aku sedang haid, kemudian
beliau membaca Al-Quran." ( Hadis Riwayat Abdurrazaq ).

7) Rasulullah s.a.w biasa memanggil Aisyah dgn beberapa nama panggilan yg disukainya spt Aisy & Humaira (pipi merah delima

8) Nabi s.a.w biasa memicit hidung Aisyah jika dia marah & Baginda berkata, "Wahai Uwaisy, bacalah doa: ''Wahai Tuhanku, Tuhan
Muhammad, ampunilah dosa-dosaku, hilangkanlah kekerasan hatiku &
lindungilah diriku dari fitnah yg menyesatkan." ( Hadis Riwayat Ibnu Sunni ).

9) Dari Ummu Kaltsum binti Abu Salamsh, ia berkata, "Ketika Nabi s.a.w menikah dgn Ummu Salamah, Baginda bersabda kepadanya,''Sesungguhnya aku pernah hendak memberi hadiah kpd Raja Najasyi sebuah pakaian berenda & beberapa botol minyak kasturi, namun aku mengetahui ternyata Raja Najasyi
telah meninggal dunia & aku mengagak hadiah itu akan di kembalikan.Jika
hadiah itu memang di kembalikan kepadaku, aku akan memberikanyya
kepadamu." Dia ( Ummu Kaltsum ) berkata,"Ternyata keadaan Raja Najasyi seperti yg di sabdakan Rasulullah s.a.w & hadiah tersebut di kembalikan kpd Baginda, lalu Baginda memberikanyya kpd masing-masing isterinya satu botol minyak kasturi, sedang sisa minyak kasturi & pakaian tersebut Baginda berikan kpd Ummu Salamah." ( Hadis Riwayat Ahmad )


So... FOR HUSBANDS.... Please appreciate your wife...

Kalau Rasulullah yang sibuk nak Berdakwah.. which means untuk semua umat manusia.. pun boleh bermesra dengan isteri..pleaseeee x payah nak bagi alasan lagi.. if you cant be nice with your wife.. it is your problem..

Rasulullah kekasih Allah SWT.. Rasulullah mencintai Allah SWT melebihi kita semua hamba-hamba Allah SWT.. tetapi Rasulullah boleh mencintai isteri-isterinya.. dan berbuat baik kepada isteri-isterinya.. so kenapa pulak kita nak bagi bermacam-macam alasan?.. if you cant love your wife.. live with it.. pleaseeelah.. x payah nak ajar2 orang lain.. supaya mengabaikan nafkah batin isteri nie...


for Husbands.. please change.. if sebelum nie x kongsi makanan.. kita suami isteri start kongsi makanan.. kalau dulu selimut sendiri2.. sekarang kita kongsi selimut sama2.. please faham.... Rasulullah kahwin dengan Aisyah yang jauh lebih muda dari Rasulullah SAW.. but he never regreted it..

No comments: