Sunday, August 17, 2008

ketuanaan Melayu

Apabila menyebut nama Malaysia.. kita bukan dikenali dengan hanya bangsa Melayu.. tapi cina, dan india yang berkongsi satu negara dan hidup aman dan damai bersama-sama.At least itulah something yang kita bangakan di Malaysia.. kita negara berbilang kaum!

Tetapi.. apabila isu 10% bukan bumiputera masuk kedalam UITM ( universiti yang terkenal hanya dengan orang melayu).. kita dapat lihat ramai orang melayu yang mengamuk.. buat demostrasi.. dan bermacam2 lagi.. kerana tidak suka bukan bumiputera berkongsi universiti dengan kita? kenapa?

Saya amat menyokong kalau ada bukan bumiputera yang masuk ke UITM.. sy pelajar UITM dan sy mengalu-alukanya.. ini kerana.. bagi saya cina atau india hanyan bangsa yang membezakan kita.. tapi kita sama2 adalah rakyat malaysia.. lagipun saya tahu apabila datang aje orang cina dan india yang memang terkenal dengan usaha mereka yang selalu bersungguh-sungguh.. saya rasa akan wujud satu persaingan di dalam UITM.. yang mana mampu mencelikkan mata anak melayu yang selama ini asyik tido.. dan kita sama-sama menjadi maju...

Saya hairan... realiti menunjukkan universiti yang ternama dunia! mempunya ramai kaum yang belajar di dalam satu universiti.. sebagai contoh harvard.. universiti terhebat dunia! mereka mempunyai pelajar dari seluruh negara.. pelbagai bangsa.. dan mereka maju..!! kenapa kita tidak mahu menjadi seperti mereka?

Saya tanya kepada kawan2 saya yang belajar di UITM.. kenapa mereka terlalu takut untuk memberi oranng bukan bumiputera masuk ke dalam UITM? and diaorang cakap kerana diaorang terlalu takut kalau orang cina ( especially) mendominasikan UITM tue.. contohnya jadi best studentlah dan lain.. dan ambik semua anugerah-anugerah yang wujud di UITM.. mereka terlampau takut kepada persaingan sehingga mereka bertindak mengadakan demostrasi? saya malu menjadi anak melayu

sy melihat kawan2 saya yang belajar di kolej2 swasta yang mempunya ramai kaum dari malaysia mahupun di luar negara.. dan mereka mempunyai daya saing yang tinggi dari kawan2 saya yang belajar di UITM.. termasuk diri sayalah... mereka mempunyai ramai kaum dan bangsa untuk berkongsi pendapat.. berkongsi ilmu dan pemahaman.. dan akhir sekali bersaing antara satu sama lain.. tapi di UITM kita hanya ada orang MELAYU.. yang mempunyai pemikiran MELAYU dan akhirnya hanya ada persaingan MELAYU..

bagi saya tidak ada kene mengena jika 10% bukan bumiputera masuk ke dalam uitm dan akan merosakkan hak orang melayu di malaysia ini.. hanya 10%?? bukan 50%.. atau 30%...

Kita mengaku negara kita sebagai negara berbilang kaum.. tapi kita menafikan hak-hak kaum lain.. dan kita hanya pentingkan diri kita sendiri.. inilah orang melayu.. dan tanpa bangsa lain.. negara kita x akan maju pun.. memang betul.. yang menaikkan ekonomi negara.. bukan orang melayu.. yang menaikkan nama malaysia di mata dunia.. majoriti bukan orang melayu..tapi kenapa orang melayu mempunya terlampau banyak hak di dalam malaysia?? sedangkan apa sumbangan orang melayu di dalam malaysia? pikirlah..

sy tidak menyokong bukan bumiputera.. tapi saya bercakap sebagai melayu yang menyesal tengok bangsa sendiri.. kita bangsa yang mudah melatah.. kita bangsa yang pentingkan diri sendiri.. BUT we're nothing...

No comments: